lima puluh dua yang kosong dan lima puluh dua yang belum diisi

Berani untuk menghadapi hari-hari yang mendatang

Berani untuk menghadapi hari-hari yang mendatang

 

Selamat Tahun Baru 2013 !

Selamat Tahun Baru 2013 !

Assalamualaikum???

Howdy people …… Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita sudah berada di minggu pertama tahun baru 2013. Marilah kita tinggalkan segala kenangan manis dan pahit di tahun 2012 kerana itulah resam dunia, kini ia semua hanya tinggal sejarah sahaja. ¬†Manusia tu tidak berupaya untuk mengundurkan masa (opss kecuali kalau gatal-gatal tangan pergi alihkan jarum jam tangan kita tu =p ) untuk kita ulangi masa yang telah pergi. Sebaliknya apa yang boleh dilakukan oleh setiap manusia hanyalah menyimpan memori yang ditinggalkan dan move forward. Jangan lupa ambil iktibar dengan apa saja yang telah kita pelajari sebelum ini.

Sha doakan agar lima puluh dua minggu untuk tahun 2013 ini bakal menjadikan kita semua insan yang lebih matang hendaknya. Bak kata omputih a year older a year wiser.  In Shaa Allah =)

Advertisements